Program “Klik Dengan Bijak” & Advokasi 2019, Siri 2

4 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Jumaat, 3 Mei 2019- Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu program kesedaran awam mengenai "Klik Dengan Bijak" bersama pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) buat kali kedua (Vol. 2) bertempat di Dewan Abu Bakar As-Siddiq bermula jam 8 pagi sehingga 10.30 pagi. Program ini dijayakan bersama fasilitator daripada Pusat Internet PPR Taman Dahlia.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, waspada dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
1. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
3. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.

Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.
I) Tips keselamatan Media Sosial (Jenayah Siber) - "Cyber Stalking", "Cyber Grooming" & "Sexting"
II) Risiko Dalam Talian - Maklumat Melampau dan Siber Buli.
III) Jenayah Siber - Hak,tanggungjawab & perlindungan (Macau scam, Love scam dll)
IV) "Check Your Label" & "E-waste"

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya atas kerjasama warga SMK (A) SHOAW.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali